fbpx

Bapa mati dibelasah enggan urut kaki anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suspek kini ditahan reman di sebelum dibawa ke mahkamah. - X/Polis Nagpur

NEW DELHI  – Seorang lelaki di Nagpur, negeri Maharashtra tergamak membelasah bapanya sehingga mati selepas mangsa enggan mengurut kakinya, lapor laman berita NDTV semalam.

Suspek yang dikenali sebagai  Kushal alias Inga Shende, dilaporkan menendang dan menumbuk bapanya, Dattatreya Shende, di dada, perut, tulang rusuk serta kepala.

Dia bertindak demikian kerana berang mangsa enggan menuruti permintaan supaya mengurut kakinya, kata seorang pegawai polis.

Dalam kejadian tersebut  yang berlaku di rumah mereka, abang suspek dikatakan cuba menghalangnya daripada memukul bapa mereka, namun gagal.

Dia kemudian cuba mendapatkan pertolongan jiran, namun sejurus pulang ke rumah, bapanya ditemui terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Mangsa yang berusia 62 tahun dikejarkan ke hospital, namun diisytiharkan meninggal dunia sejurus tiba.

Polis menahan suspek yang berusia 33 tahun dan dia didakwa atas tuduhan membunuh. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI