fbpx

Bapa 24 anak bahagia kahwin tiga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Umar dan sebahagian daripada anak-anaknya. - Insert Live/Tribun Timur

JAKARTA – Seorang lelaki di wilayah Maluku Utara menjadi perhatian pengguna media sosial selepas berkongsikan kisahnya yang bahagia di samping tiga isteri dan 24 orang anak, lapor laman berita Insert Live semalam.

Umar Kei, ketika dijemput dalam program bual bicara Insert Live berkata, dia berpoligami selepas mendapat izin isteri pertama, Sri Rahayu.

Ketika itu, Umar membuat keputusan tersebut kerana Sri Rahayu masih belum hamil meskipun sudah tujuh tahun mereka berkahwin.

“Isteri tua mengatakan ‘silakan, tetapi awak lihatlah suatu hari nanti saya pasti akan mempunyai anak’,” kata Umar.

Tambahnya, Sri Rahayu menjadi saksi pernikahan kedua Umar bersama wanita bernama Titin malah, ketika anak sulungnya dilahirkan, isteri pertamanya itu turut mengasuh kanak-kanak tersebut.

Selepas anaknya berusia tiga bulan, Sri Rahayu disahkan hamil.

“Bermula daripada itu, bilangan anak saya semakin bertambah,” ujarnya.

Umar kemudian berkahwin lagi dengan wanita bernama Berlian dan sehingga kini, dia mempunyai 24 anak daripada kesemua isterinya.

Lelaki itu juga membelikan rumah untuk setiap seorang isterinya dalam satu kawasan kejiranan mewah yang sama di Jatiwaringin, Bekasi.

Menurut Berlian, Umar seorang lelaki yang adil dalam membahagikan waktu dan kasih sayang, malah dia dan madu-madunya tidak pernah berasa iri hati antara satu sama lain.

“Alhamdulillah, abang Umar adil orangnya. Jadi, kami belajar untuk ikhlaskan hati dan anggap sahaja semuanya bersaudara,” ujarnya. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI