fbpx

‘Apa nak buat, suami lebih sukakan beriani daripada kek’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan ‘kek beriani’ yang dihasilkan sendiri untuk menyambut ulang tahun suaminya. - Instagram @beautiful_jagatthu

NEW DELHI – Seorang wanita di India mengundang perhatian orang ramai kerana menghadiahkan ‘kek beriani’ bagi meraikan ulang tahun kelahiran suaminya, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @beautiful_jagatthu, ‘kek’ itu dilengkapi dengan nasi dan lauk seperti ayam goreng dan telur rebus. 

“POV: Apabila suami lebih gemar beriani berbanding kek,” demikian menurut keterangan video itu. 

Wajah suaminya dilihat berseri-seri apabila menerima pemberian si isteri. 

Rakaman itu menjadi tular di media sosial dan mencatatkan lebih 3.2 juta tontonan bersama 75,300 tanda suka. Rata-rata, netizen terhibur dan kagum dengan idea itu. 

“Ia adalah pilihan yang baik, lebih baik daripada kek dengan perisa tiruan,” kata seorang  netizen. 

“Ini adalah jenis ‘kek’ yang saya mahukan untuk hari lahir saya akan datang!” kata netizen lain. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI