fbpx

Adakah kenyataan Tan Sri Muhyiddin konsensus PN? – Akmal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dr. Akmal dan Muhyiddin

PETALING JAYA – Pemuda UMNO mempersoalkan adakah kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin berkenaan peranan Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam melantik Perdana Menteri Ke-10 sebagai konsensus dan mewakili semua pimpinan Perikatan Nasional (PN).

Ketua Pemuda UMNO, Dr. Akmal Saleh berkata, kenyataan tersebut jelas mencetuskan persepsi negatif dan kesangsian terhadap kebolehan dan keupayaan Yang di-Pertuan Agong selaku Ketua Negara yang mana kuasanya telah diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan mengikut Perkara 40(2) dan Perkara 43(2).

“Pemuda UMNO ingin mempersoalkan pimpinan PN yang terdiri daripada Pas, Pertubuhan Parti Peribumi Bersatu (Bersatu) dan Gerakan adakah kenyataan Muhyiddin adalah konsensus dan mewakili mereka semua.

“Pada hemat Pemuda UMNO, adalah wajar untuk Muhyiddin dan PN menyatakan permohonan maaf rasmi dan secara terbuka bagi memulihkan kesangsian serta keraguan yang telah dicetuskan terhadap institusi Yang di-Pertuan Agong,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Terdahulu, Akmal berkata, Pemuda UMNO berasa dukacita terhadap kenyataan Muhyiddin berkenaan peranan dimainkan oleh Yang di-Pertuan Agong Ke-16 dalam melantik Perdana Menteri Ke-10 sewaktu berkempen pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri baru-baru ini.

Menurut beliau, Pemuda UMNO menjunjung kasih ke di atas titah Tengku Mahkota Pahang agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan tegas terhadap keterlanjuran yang telah dilakukan itu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI