fbpx

“Ada guru tak jadi bersara selepas pengumuman PM”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fadhlina

SABAK BERNAM- Terdapat warga Kementerian Pendidikan (KPM) termasuk guru mahu menarik balik persaraan mereka selepas pengumuman kenaikan gaji penjawat awam yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, minggu lalu.

Mendedahkan hal berkenaan, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, jumlah kenaikan paling tinggi dalam sejarah perkhidmatan awam menjadi sebab utama mereka menukar fikiran untuk terus bekerja di kementerian tersebut.

“Berapa jumlah mereka yang membuat pusingan-U ini, saya tidak mempunyai rekod itu ketika ini.

“Pihak kementerian sedang mempertimbangkan keputusan mereka yang mahu menarik balik persaraan mereka sebelum ini,” katanya pada pemberita hari ini.

Kosmo! pada Sabtu lalu melaporkan kira-kira 1.6 juta penjawat awam di negara ini menerima julat kenaikan pendapatan mereka di antara 16.8 peratus hingga 42.7 peratus yang berkuatkuasa secara berperingkat, mulai 1 Disember ini.

Sementara itu, Fadhlina berkata, kira-kira 500,000 warga kerja KPM menikmati kenaikan gaji baharu berdasarkan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang akan digunakan kerajaan pada 1 Disember ini.

“Dengan kenaikan ini, saya harap warga kerja KPM akan lebih bersemangat untuk menjayakan agenda kementerian yang telah dirancang sebelum ini.

“Melaksanakan kesemua agenda ini penting kerana kerajaan mahu memperkasakan dan memperbaiki sistem pendidikan supaya pelajar dapat mendapat manfaat daripadanya,” ujarnya.

Dalam pada itu, Fadhlina menjelaskan Unit Integriti KPM sedang menjalankan siasatan terhadap seorang guru yang membuat poster pertandingan buku skrap sempena hari Kemerdekaan yang mengundang kemarahan rakyat negara ini.

Tegasnya, kementerian mengambil serius tindakan yang dibuat oleh guru itu walaupun dia sudah memohon maaf atas penghasilan poster terbabit.

“Guru itu perlu melalui siasatan tatertib dan juga siasatan Unit Integriti KPM.

“Kesilapan yang dibuat guru itu serius dan tindakan tegas perlu dikenakan terhadapnya,” tegasnya.

Terdahulu, tular melalui media sosial sebuah poster pertandingan Buku Skrap anjuran sebuah sekolah menengah yang didakwa menggunakan gambar propaganda tentera China dan ia telah mendapat kritikan daripada pelbagai pihak. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI