fbpx

[VIDEO] ‘Kalau ini nasi lemak bujang, tak kahwinlah ‘single’ sekalian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Peniaga sebuah restoran menunjukkan nasi lemak bujang berharga RM10 ditawarkan di premisnya di Petaling Jaya.

PETALING JAYA – Peniaga sebuah restoran di sini dikecam orang ramai selepas menawarkan menu nasi lemak bujang berharga RM10, namun didakwa memberikan saiz lauk tidak sepadan harga tersebut.

Menerusi video dimuat naik pemilik restoran itu pada TikTok, lelaki itu menunjukkan antara lauk yang diberikan kepada pelanggan untuk harga nasi lemak bujang RM10.

“Bila tengah bulan tak ada duit, kita ada sediakan nasi lemak bujang untuk korang. Dapat satu nasi lemak, kita dapat kacang, ikan bilis, timun, telur separuh dan juga telur goreng. Orang bujang suka makan telur bila tengah bulan.

“Jangan risau kita bagi juga sambal untuk korang dan daging seketul, sotong seketul, petai seketul, paru seketul. Macam ni sahaja kita beri RM10 sangat murah. Boleh rasa sikit hanya RM10 untuk orang bujang,” katanya.

Bagaimanapun, video itu mendapat reaksi negatif daripada orang ramai yang beranggapan ia mahal, bahkan ada yang meminta peniaga itu menurunkan harga nasi lemak bujang tersebut.

“Baik makan nasi goreng kampung kalau nasi goreng bujang mahal macam ni,” kata seorang pengguna TikTok.

“Kalau macam ni gaya nasi lemak bujang, alamat tak kahwin lah bujang-bujang sekalian,” komen individu lain.

“Bang aku makan nasi bujang RM7 siap air, lauk. Lagi mewah daripada ni bang. Dapat telur dadar, ayam berempah dan sup, sambal belacan dan ulam-ulam,” ujar seorang lagi pengguna TikTok.

Peniaga restoran tersebut kemudian memuat naik satu lagi video pada TikTok menjelaskan satu lagi menu nasi lemak rahmah berharga RM5.

“Aku minta maaf tentang video nasi lemak bujang hari tu. hari ni kita buat promosi nasi lemak terbaharu iaitu rahmah. Meh aku tunjuk, kita ambil nasi dulu, ikan bilis, timun, telur separuh, telur goreng, sambal yang dimasak selama enam jam.

“Ni menu rahmah dengan harga RM5, tapi kita beri teh ‘o’ ais secara percuma dengan nasi lemak rahmah RM5 sahaja,” katanya.

Ia dipersetujui oleh orang ramai biarpun ada yang mencadangkan sepatutnya harga nasi lemak rahmah RM3, namun ramai yang beranggapan harga tersebut munasabah.

“Ada ‘aircond’, ada tempat untuk duduk dan makan serta tandas,” kata seorang individu membalas kritikan pengguna yang meminta ia diturunkan kepada RM3.

“Kau nak murah macam mana lagi. Orang nak bayar sewa kedai lagi. Senang cerita tak ada duit tak payah datang,” kata individu lain. – KOSMO! ONLINE

@apeklimoka Nasi lemak bujang . RM10 dapat rasa sikit sikit pon dah banyak sebernye . Seketul maksudnye suku lauk tau geng #fypシ #nasilemak #nasilemakviral #nasilemaklimoka #nasilemakpj #nasilemakkl #foodie #gulamelakalatte #viral #nasibujang ♬ Trap, hip hop, dark beat ♪(963369) – Ninja_Muzik_Tokyo

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI