fbpx

Tiada ledakan kes Covid-19 – Dr. Dzulkefly

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dzulkefly ketika sidang media Majlis Pelancaran Kampung Angkat MADANI Kementerian Kesihatan Malaysia di Dewan Orang Ramai Kampung Bukit Badong hari ini. FOTO: M. FIRDAUS M. JOHARI

KUALA SELANGOR -Situasi Covid-19 terkawal dan tiada ledakan kes direkodkan selepas dua tahun memasuki transisi endemik setakat ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, perkara itu berdasarkan data terbaharu yang diperoleh Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara.

Jelas beliau, pemerhatian mendapati jumlah kes jangkitan dan kemasukan pesakit ke hospital atau fasiliti kesihatan dalam keadaan terkawal.

“Terkini, KKM mendapati tiada berlaku ledakan kes berkaitan Covid-19 termasuk pesakit yang dimasukkan ke wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Namun, kita tidak mahu terlalu selesa dan akan terus memantau institusi kesihatan awam termasuk membuat hebahan umum jika berlaku peningkatan kes,” katanya selepas melancarkan Kampung Angkat Madani KKM di Kampung Bukit Badong, Ijok di sini, hari ini.

Pada Jun lalu, KKM menetapkan keputusan ujian Covid-19 kini tidak perlu lagi dimuat naik ke aplikasi MySejahtera namun hanya akan dilaporkan pengamal perubatan melalui sistem eNotifikasi. KOSMO!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI