fbpx

Bapa tidak sangka jasad Nuraina dijumpai di ‘kawasan larangan’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosli ketika menunggu proses bedah siasat ke atas mayat anak mereka yang dijalankan di Unit Forensik Hospital Sungai Siput hari ini. - FOTO/MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA

SUNGAI SIPUT – Seorang bapa terkejut apabila mendapati jasad anak perempuannya ditemui di kawasan berpaya di kampungnya memandangkan lokasi itu merupakan tempat larangan bagi penduduk setempat.

Mayat mangsa, Nuraina Humaira Rosli, 10, ditemui di kawasan berpaya di perkampungan Orang Asli Kampung Bersah, Pos Kuala Mu, di sini semalam.

Rosli Mahadi, 48, berkata, lokasi penemuan anaknya yang terletak 100 meter dari rumahnya ibarat kawasan larangan bagi penduduk kerana terdapat banyak haiwan buas terutama ular.

“Orang kampung tidak akan pergi ke tempat itu sebab binatang buas dan ular berbisa. Saya tidak sangka jasad anak saya ditemukan di kawasan tersebut.

“Semasa dimaklumkan anak hilang, saya dan penduduk melakukan pencarian di kawasan belakang rumah dan sekeliling kampung tetapi tidak sampai ke kawasan berpaya kerana orang kampung tidak pernah ke sana.

“Jadi saya yakin anak saya tidak akan ke sana seorang diri,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik, Hospital Sungai Siput di sini hari ini.

Jasad murid tahun empat Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu dijumpai pada pukul 4.20 petang semalam selepas dilaporkan hilang ketika bermain di sekitar perkampungan terbabit sehari sebelum itu.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI