fbpx

Sukma 2024: ‘Teddy bear’ gajah bawa tuah jurulatih Russia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ELENA Sotnik sentiasa membawa Tatoshka setiap kali pasukan menembak Pahang sertai mana-mana pertandingn. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Jurulatih menembak Pahang, Elena Sotnik mendedahkan beliau akan sentiasa ditemani patung gajah, Tatoshka ke setiap pertandingan disertai skuad menembak Pahang.

Secara peribadi, jurulatih dari Russia itu menganggap Tatoshka amat bernilai buatnya kerana ia adalah hadiah kepada kepada dirinya pada 2008 dan seakan menghadirkan ‘tuah’ buatnya.

“Memang Pahang ada bakat dalam sukan menembak dan kami sentiasa lakukan pemilihan dengan pergi ke sekolah sekurang-kurangnya dua tahun sekali.

SOTNIK sentiasa membawa Tatoshka setiap kali pasukan menembak Pahang sertai pertandingan. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

“Patung gajah ini melambangkan negeri Pahang dan ada orang berikan hadiah kepada saya pada 2008. Saya sentiasa bawa Tatoshka yang akan sentiasa ada di belakang penembak kami,” katanya.

Sotnik memulakan tugasnya bersama skuad menembak Pahang sejak 1999 dan kehadirannya jelas menghadirkan impak luar biasa.

Selain mampu melahirkan penembak berkelas kebangsaan, kejayaan besar lain yang diraih skuad menembak Pahang adalah berjaya mengekalkan dominasi 24 tahun Pahang dalam acara berpasukan dalam acara Pistol Standard 25 meter (m) Sukan Malaysia (Sukma) 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI