fbpx

Sukma 2024: Tak balik Russia penangan ikan patin Pahang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JURULATIH menembak Pahang, Elena Sotnik (kiri) sedang berikan arahan kepada Azrul Akmal Zulkifli pada saingan Pistol Standard 25 meter (m) di Lapang Sasar Menembak Petra Jaya, semalam. - MUHAMAD IQBAL ROSLI

KUCHING – Di setiap negeri pasti ada masakan tradisi termasuklah Pahang yang begitu sinonim dengan ikan patin masak tempoyak, gulai asam rong dan sambal hitam.

Bagi penggemar makanan, hidangan itu pasti jadi antara masakan wajib setiap kali berkunjung ke Pahang kerana keunikan rasanya yang tersendiri.

Kata orang, sekali ‘terkena’ pasti akan ketagih seperti yang dilalui oleh jurulatih menembak Pahang, Elena Sotnik apabila sudah menjadikan negeri di Pantai Timur itu sebagai ‘rumah pertama’ berbanding negeri lain di Malaysia.

Aroma masakan itu juga menjadikan Sotnik lupa tentang negara kelahirannya, Russia yang dipisahkan jarak kira-kira 6,375 kilometer (km) dengan Malaysia.

Tidak hanya mahu terus kekal di Pahang, Sotnik juga enggan berpisah dengan kediamannya di Kuantan hingga sanggup menolak tawaran untuk melatih skuad menembak kebangsaan.

“Banyak yang cuba panggil saya tetapi saya tidak mahu. Saya suka bekerja dengan pasukan Pahang.

“Mungkin (gaji) lebih murah tetapi saya senang untuk bekerja di Pahang kerana semuanya saling bekerjasama,” katanya.

Sotnik memulakan tugasnya bersama skuad menembak Pahang sejak 1999 dan kehadirannya jelas menghadirkan impak luar biasa.

Selain mampu melahirkan penembak berkelas kebangsaan, kejayaan besar lain yang diraih skuad menembak Pahang adalah berjaya mengekalkan dominasi 24 tahun Pahang dalam acara berpasukan dalam acara Pistol Standard 25 meter (m) Sukan Malaysia (Sukma) 2024. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI