fbpx

Sudan dilanda wabak kolera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk menunggu untuk mengisi air ke dalam tong di sebuah kem pelarian di selatan Gedaref, timur Sudan pada 29 Mac  lalu. - AFP 

KHARTOUM – Menteri Kesihatan Sudan, Haitham Mohamed Ibrahim semalam secara rasmi mengisytiharkan penularan wabak kolera di negara itu, lapor agensi berita Xinhua.

“Ujian makmal cirit-birit berair di Makmal Kesihatan Awam membuktikan ia adalah kolera,” kata Haitham dalam satu kenyataan.

Pengumuman itu dibuat sejurus selepas Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengumumkan bahawa kira-kira 316 orang maut akibat kolera atau taun di Sudan.

Pada kelmarin, jurucakap WHO, Margaret Harris menjelaskan bahawa sebanyak 11,327 kes kolera dengan 316 kematian dilaporkan di Sudan.

Ujarnya dalam masa sama, demam denggi dan jangkitan meningitis juga semakin meningkat.

Tambah Harris, WHO menjangkakan jumlah sebenar jangkitan kolera adalah lebih tinggi berbanding yang dilaporkan.

Sejak perang meletus antara Angkatan Bersenjata Sudan (SAF) dan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) pada pertengahan April 2023, wabak seperti taun, malaria, campak dan demam denggi merebak di negara Timur Laut Afrika itu, menyebabkan beratus-ratus orang mati.

Hujan lebat dan banjir menjejaskan perkhidmatan penjagaan kesihatan serta memburukkan lagi penularan penyakit seperti malaria dan demam denggi. 

Kebanyakan hospital dan kemudahan kesihatan juga terpaksa ditutup akibat konflik berterusan, menyebabkan dua pertiga daripada penduduk negara yang dilanda perang itu tidak mempunyai akses kepada perkhidmatan kesihatan penting.

Kolera merebak melalui bekalan air yang tercemar dan boleh mengakibatkan kematian yang cepat jika tidak dirawat. – AGENSI 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI