fbpx

Selangor belum cadang tambah import

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELANGOR yakin dengan kemampuan barisan pemain untuk berdepan Jeonbuk, Muangthong dan Cebu dalam saingan ACL2 musim ini.

SELANGOR FC belum memikirkan untuk menambah kuota import selepas diundi dalam kumpulan sukar pada saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) yang akan membuka tirai pada 17 September depan.

Ketua Pegawai Eksekutif Selangor, Dr. Johan Kamal Hamidon berkata, buat masa ini pihak pengurusan sentiasa berbincang dengan ketua jurulatih, Nidzam Jamil mengenai keperluan untuk menambah pemain baharu atau tidak.

Katanya, buat masa sekarang barisan kejurulatihan berpuas hati selepas menandatangani khidmat penyerang antarabangsa Jordan, Ali Olwan yang boleh menguatkan pasukan musim ini.

“Sudah pasti kami berbincang dengan Nidzam. Kalau lihat kedudukan Selangor, layak ke final Piala FA dan berada di tangga kedua Liga Super tetapi sudah pasti banyak lagi ruang yang boleh diperbaiki.

“Namun, saya berasa untuk beberapa perlawanan pertama ini, kita boleh lihat ada peningkatan terutama dari segi keputusan. Kalau dari segi persembahan, sudah pasti masih perlu dipertingkatkan.

“Jendela perpindahan kedua sebulan, jadi banyak perkara boleh berlaku. Bakat yang ada dalam kalangan pemain tempatan pun sangat baik, jadi kami nak lihat kombinasi yang baik antara mereka dan import.

“Setakat ini, Nidzam berpuas hati dengan kekuatan pasukan kerana kami ada sembilan pemain import, jadi kita gunakan pemain yang kita ada,” katanya ketika ditemui Kosmo! Ahad.

Pada majlis undian ACL2, Selangor diundi bersama gergasi Korea Selatan yang juga juara dua kali ACL, Jeonbuk Hyundai Motors FC, Muangthong United (Thailand) dan Dynamic Herb Cebu (Filipina) dalam Kumpulan H.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI