fbpx

“Saya upah pembunuh untuk tamatkan riwayat sendiri”

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AKIBAT tekanan hidup, Angelina Jolie nyaris mendapatkan khidmat pembunuh upahan.

GARA-GARA tekanan melampau sehingga menjejaskan kesihatan mental, bintang Hollywood Angelina Jolie nyaris mendapatkan khidmat pembunuh upahan agar kelihatan seperti mati dalam rompakan, bukan bunuh diri.

Idea gila tersebut tercetus apabila pemilik nama lengkap Angelina Jolie Voight, 49, itu berusia 22 tahun. Dia terfikir mahu menamatkan riwayat hidupnya selepas bertarung dengan masalah mental kronik yang mendorongnya melakukan perkara di luar jangkaan.

“Mungkin kedengaran gila tetapi ada satu ketika saya hampir mahu upah seseorang untuk membunuh saya.

“Ahli keluarga mungkin berfikir mereka tidak cukup menjaga saya sekiranya saya bunuh diri. Jadi, lebih baik saya habiskan nyawa dengan cara dibunuh.

Jadi, penyelesaian saya adalah jika orang lain mengambil nyawa saya seperti dalam rompakan, mungkin akan menjadi pembunuhan dan tidak mungkin sesiapa akan berasa mereka mengecewakan saya,” katanya dalam satu sesi temu bual.

Pelakon filem Maleficent itu mendedahkan mempunyai perancangan untuk menyembunyikan apa yang berlaku dengan cara mengeluarkan sejumlah wang tunai supaya tiada bahagian besar dalam akaun bank miliknya.

Semasa perancangan hampir dilakukan, lelaki upahan terbabit memberikan peluang kepadanya untuk berfikir mengenai keputusan rersebut sebelum nekad mahu dibunuh.

Bagaimanapun, Jolie akhirnya dapat mengawal diri untuk tidak bertindak melakukan perkara tidak sepatutnya.

Dia seorang lelaki yang baik kerana meminta saya berfikir dahulu dan saya berjumpa semula dengannya semula selepas dua bulan.

“Selepas itu, saya bersyukur ada sesuatu yang mengubah pemikiran saya,” jelasnya lagi.

Sebelum ini, Angelina atau lebih mesra disapa Jolie dalam proses perceraian dengan suaminya Brad Pitt yang juga aktor selepas hubungan mereka dalam keadaan tidak baik sejak 2016. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI