fbpx

52 peratus pengundi DUN Mahkota anak muda usia 39 ke bawah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AHMAD ZAHID mengadakan sidang akhbar selepas Istiadat Pentauliahan ke-15 Kor Sispa Peringkat Kebangsaan 2024 di UTHM, Batu Pahat hari ini. - Foto RAJA JAAFAR ALI

BATU PAHAT – Barisan Nasional (BN) akan menggunakan pendekatan berbeza pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota berbanding DUN Nenggiri di Gua Musang, Kelantan.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, landskap politik dan demografi pengundi di Mahkota, Kluang tidak sama seperti di Nenggiri.

“Kami melihat 66,000 pengundi di DUN Mahkota sangat besar dan berbeza profil. Di Mahkota, terdapat lebih 4,000 anggota tentera dan 400 polis.

“Pengundi anak muda yang berusia 39 dan ke bawah dianggarkan 52 peratus. Sudah pasti demografi yang berbeza ini memerlukan penyelarasan jentera di peringkat Pusat, negeri dan bahagian,” katanya pada Istiadat Pentauliahan ke-15 Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan 2024 di Universti Tun Hussein Onn (UTHM) di sini hari ini.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO turut mengumumkan pelantikan Datuk Onn Hafiz Ghazi sebagai Pengarah PRK DUN Mahkota, manakala Datuk Seri Ahmad Maslan sebagai timbalannya.

“Pengarah operasi ialah Ketua UMNO Bahagian Kluang, Datuk Md. Jais Sarday dan Pengerusi War Room, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

“Di peringkat negeri di bawah Onn Hafiz dan jentera di peringkat bahagian di bawah kepimpinan Md. Jais yang diatur gerak merupakan kombinasi terbaik dalam memberikan kemenangan kepada BN di Mahkota kelak,” katanya.

Ditanya mengenai calon PRK Mahkota, Ahmad Zahid berkata, senarai calon telah diterima daripada UMNO Bahagian Kluang, namun belum disenarai pendek.

“Perbincangan akan dilakukan terlebih dahulu, namun saya amat menghormati hierarki di peringkat bahagian dan negeri sebelum memutuskan soal calon.

“Bagaimanapun, calon yang diputuskan kelak perlu memiliki konsep ‘Wali’ iaitu boleh menang (winnable), diterima (acceptable) dan disukai (likeable),” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI