fbpx

Perhebat Program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang – Fahmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gelagat pengunjung di Masjid Putrajaya yang sedang berehat di kawasan sekitarnya yang dihiasi dengang bendera jalur gemilang sempena sambutan bulan kemerdekaan. Gambar ILHAM ZAKARIA

KUALA LUMPUR – Usaha menyemarakkan semangat patriotisme terus diperhebat menerusi program edaran bendera Jalur Gemilang di kawasan Parlimen Lembah Pantai hari ini.

Menteri Komunikasi merangkap ahli parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil berkata edaran itu bagi menggalakkan masyarakat memasang dan mengibarkan bendera di premis masing-masing bersempena bulan kebangsaan bagi menjayakan inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’.

“Saya harap warga Lembah Pantai terutamanya serta rakyat Malaysia amnya, akan mengambil kesempatan dalam bulan kebangsaan ini untuk mengibarkan Jalur Gemilang di rumah masing-masing, di premis pekerjaan, di kedai juga di kenderaan masing-masing.

“Saya percaya dalam seminggu dua yang akan datang, aktiviti mengibar Jalur Gemilang di rumah masing-masing akan bertambah rancak terutama menjelang 31 Ogos nanti.

“Alhamdulillah, kita lihat sekarang ini banyak bangunan telah mula memperagakan Jalur Gemilang dan kita harap program 1 Rumah 1 Jalur Gemilang akan dapat mencapai objektifnya,” kata Fahmi kepada pemberita selepas program edaran Jalur Gemilang di Pasar Pagi PPR Kerinchi hari ini.

Beliau turut mengingatkan masyarakat untuk memasang dan mengibarkan Jalur Gemilang mengikut tatacara yang betul.

Justeru, beliau berharap usaha itu dapat menyuntik rasa cinta kepada negara dan rakyat, khususnya penduduk Lembah Pantai dengan mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, premis perniagaan dan kenderaan masing-masing.

“Sedikit peringatan, pastikan Jalur Gemilang yang dikibarkan dalam keadaan baik, tidak lusuh, tidak koyak dan dipasang dengan cara yang betul.

“Untuk maklumat lanjut, anda boleh menghubungi Jabatan Penerangan atau muat turun panduan terperinci tatacara untuk mengibarkan Jalur Gemilang,” katanya. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI