fbpx

Penyewa tikam pemilik rumah minta tunggakan sewa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SUNGAI SIPUT – Pertengkaran mengenai tunggakan wang sewa rumah dipercayai menjadi punca seorang lelaki cedera ditikam dalam kejadian di Kampung Lasah, di sini Khamis lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun telah pergi ke rumahnya untuk bertemu penyewa yang berusia 40 tahun bagi membincangkan sewa rumah yang telah lama tertunggak.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintenden Mohd. Khaizam Ahmad Shahabudin berkata, ekoran tunggakan sewa yang banyak, mangsa telah meminta lelaki itu agar mengosongkan rumah berkenaan.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku pergelutan hingga mangsa terkena tikaman pada belakang badan selain cedera lengan kanan ketika menepis pisau. Mangsa yang cedera segera dihantar ke Hospital Sungai Siput bagi mendapatkan rawatan,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, tangkapan ke atas suspek yang juga penganggur itu dibuat pada hari sama selepas menerima laporan daripada mangsa dan suspek kini direman selama empat hari sehingga Isnin ini untuk siasatan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI