fbpx

Pegawai bomba beri tender kepada ibu mentua, adik ipar dijel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mahkamah Kuala Terengganu. Gambar hiasan

KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyalahgunakan kuasa mencadangkan tender pembekalan kepada ibu mentua dan adik ipar, seorang pegawai bomba Akademi Bomba dan Penyelamat Wilayah Timur dipenjara tiga tahun dan denda RM172,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Hakim Dazuki Ali menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohd. Roslan Zakaria, 41, yang berpangkat Penolong Kanan Penguasa Bomba selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie pada akhir kes pembelaan.

Mohd. Roslan didakwa menggunakan jawatan untuk menerima suapan dengan mencadangkan sebut harga syarikat milik ibu mentuanya, Pak Su Global Enterprise bagi melaksanakan kerja-kerja pembekalan 60 unit antena dan 30 alat ganti pengecas bernilai RM8,100.

Tertuduh juga didakwa mencadangkan sebut harga syarikat milik adik iparnya, Muazzam Global Enterprise, bagi membekalkan 31 unit kompas berjumlah RM7,440.

Bagi pertuduhan ketiga pula, dia didakwa turut mencadangkan sebut harga syarikat adik iparnya itu bagi kerja-kerja pembekalan 10 unit jaket keselamatan di air dan 20 unit sut bernilai RM17,000.

Kesemua perbuatan tersebut didakwa dilakukan Mohd. Roslan di Akademi Bomba dan Penyelamat Malaysia Wilayah Timur, Wakaf Tapai, Marang dalam antara Julai dan November 2016.

Bagi setiap pertuduhan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda minimum lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 mana yang lebih tinggi jika sabit kesalahan.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI