BAK kata pepatah, air dicincang tidak akan putus. Begitu juga dengan hubungan kekeluargaan yang tidak mungkin akan terputus begitu saja.
Sama juga dengan ikatan keluarga penyanyi Shila Amzah apabila ibunya, Fauziah Sarman menitipkan ucapan ulang tahun kelahiran ke-34 penyanyi itu pada 13 Ogos lalu.
Ibunya mendoakan semoga Shila bukan sahaja diberikan kesihatan yang baik dan dimurahkan rezeki, tetapi turut menjadi isteri serta ibu yang baik.
Perkongsian itu lantas membuatkan netizen sebak dan mendoakan semoga hubungan Shila dan keluarga berada dalam keadaan baik.
Biarpun Shila masih dilihat tidak berkongsikan foto baharu bersama keluarganya dalam media sosial, peminat yakin ibu kepada dua cahaya mata itu dan keluarga sentiasa berusaha untuk menjernihkan kembali hubungan mereka.
Apa-apa pun didoakan semoga Shila dan keluarga berada dalam keadaan baik. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula hubungan sesama keluarga.
Diva: Pujian buat Datuk Afdlin Shauki yang berjaya menghasilkan naskhah hebat iaitu Harimau Malaya: The Untold Journey.