fbpx

Morbidelli sertai VR46 musim depan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MORBIDELLI (kiri) mengikut jejak langkah mentornya, Rossi apabila menyertai VR46 musim depan. - AFP

SPIELBERG – Teka-teki ke mana hala tuju Franco Morbidelli dalam saingan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) akhirnya terjawab apabila dia sah menyertai pasukan VR46 milik mentornya, Valentino Rossi tahun depan.

Morbidelli yang kini bersaing bersama pasukan Pramac akan bekerjasama dengan Fabio di Giannantonio dalam pasukan VR46 dengan perjanjian kontrak selama setahun.

Naib juara MotoGP pada tahun 2020 itu kembali ke pangkuan pasukan yang dimiliki Rossi dan akan memacu jentera Ducati GP24 bagi menggantikan tempat Marco Bezzecchi yang berhijrah ke Aprilia.

“Saya sangat gembira untuk mengumumkan bahawa saya telah menandatangani kontrak dengan Pasukan VR46 untuk musim 2025.

“Saya pasti akan merasa seperti berada di rumah sendiri di sini dan saya benar-benar ingin memberikan hasil yang baik sebagai tanda penghargaan atas kepercayaan VR46 kepada saya,” kata Morbidelli.

Pasukan VR46 yang kini berada di kedudukan kelima dalam carta keseluruhan, mengharapkan kehadiran Morbidelli akan mengukuhkan kedudukan mereka dalam saingan MotoGP musim depan.

Pengarah Pasukan VR46, Alessio Salucci berharap gandingan Morbidelli dan Di Giannantonio mampu memberi mereka keputusan yang lebih cemerlang selepas ini.

“Franco (Morbidelli) adalah pelumba pertama yang menyertai Akademi Pelumba VR46 dan kami tidak sabar untuk menyambutnya kembali dalam keluarga kami,” kata Salucci. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI