fbpx

Menyala tetanggaku Malaysia – Rakyat Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha kerajaan membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia mendapat pujian dari pengguna media sosial luar negara terutama Indonesia.

PETALING JAYA – Tindakan Malaysia membawa warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di negara bukan sahaja dipuji rakyat di sini, bahkan penduduk luar negara terutama dari Indonesia turut mengucapkan penghargaan terima kasih.

Menerusi komen dan maklum balas daripada pengguna media sosial dari luar negara, mereka memberikan maklum balas positif dan menghargai usaha yang telah dilakukan oleh Malaysia bagi membantu warga Palestin tersebut.

“Luar biasa bangganya ada jiran sebegini. Saya berikan yang terbaik dari Indonesia,” komen Riansyah Firdaus pada Instagram.

“Terima kasih Malaysia. Dari negara serumpun Indonesia,” kata Valdi.

“Ga kaget sama Malaysia. Mereka serius banget tentang bela Palestina. Masya-Allah aja ucapan keluar liat kebesaran hati mereka itu,” ujar Tiya.

“Menyala negara tetangga,” komen Rifki Wijaya berserta simbol tepuk tangan.

“Menyala tetanggaku,” kata Mayoshi Annami.

Jumaat lalu Kosmo! melaporkan, dua pesawat pengangkut Airbus A-400M Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) selamat mendarat di Pangkalan Tentera Udara, Subang membawa pesakit dan waris warga Palestin serta beberapa petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Malaysia menjadi negara pertama di Asia membawa rakyat Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI