fbpx

Liga Super: Remaja lelaki 16 tahun antara lapan ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis mengawal keadaan selepas perlawanan Perak FC dengan Johor Darul Ta'zim ditangguhkan di Stadium Perak, Ipoh semalam. - Foto ZULFACHRI ZULKIFLI.

IPOH – Seramai lapan lelaki termasuk remaja berusia 16 tahun ditahan kerana menimbulkan kekecohan dan membaling botol ke arah polis sewaktu perlawanan Liga Super antara Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim di Stadium Perak semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, tangkapan terhadap tujuh lelaki warga tempatan berusia 19 hingga 32 tahun itu dijalankan selepas mereka membuat kekecohan dan provokasi yang akan mengganggu ketenteraman awam.

Katanya, hasil ujian saringan air kencing mendapati kesemua mereka negatif dadah dan tiada rekod lampau.

“Pada masa sama, tangkapan juga dibuat ke atas seorang remaja lelaki 16 tahun selepas suspek menghalang tugas penjawat awam dengan membaling botol ke arah polis.

“Hasil ujian saringan air kencing ke atas remaja itu juga mendapati negatif selain tiada rekod jenayah lampau,” katanya di sini hari ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI