fbpx

Lelaki hampa barang berharga dicuri pekerja pindah rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar menunjukkan keadaan rumah Ankit yang bersepah dan barang bertaburan di atas lantai. - X @mr_mayank

NEW DELHI – Seorang lelaki di Bengaluru yang mahu berpindah rumah, terkejut apabila mendapati barangan kemas dan wang tunai miliknya dicuri oleh kakitangan syarikat pembungkus dan pemindahan, lapor stesen penyiaran NDTV semalam. 

Ankit Mayank, mengupah syarikat Halef International Pvt Ltd untuk memindahkan barangnya pada 14 Ogos lalu. 

Dia mendakwa bahawa tujuh kakitangan syarikat itu mencuri barangan dan wang tunai dengan nilai anggaran mencecah beratus-ratus ribu rupee.

Rakaman yang dimuat naik di platform X oleh akaun @mr_mayank memaparkan keadaan rumahnya yang bersepah dan dipenuhi kotak, serta barang bertaburan di atas lantai. 

“Tempoh 48 jam paling mengerikan dalam hidup saya! Saya berpindah rumah pada 14 Ogos dan mengupah syarikat Halef International untuk menguruskannya. Ia adalah keputusan paling teruk dan mimpi ngeri terbesar dalam hidup saya,” demikian menurut keterangan video itu. 

Barangan yang dicuri termasuk beg bernilai kira-kira 800,000 rupee (RM42,273), wang tunai 200,000 rupee (RM10,568), sepasang anting-anting dan dua utas gelang emas beserta beberapa barangan lain. 

“Semua beg dan beg pakaian dibiarkan terbuka. Kertas dokumen yang penting juga berselerak di atas lantai dan beberapa daripadanya hilang atau rosak.

“Banyak barang mahal hilang seperti minyak wangi jenama Dior dan pen bersalut emas berusia 50 tahun. Beberapa perabot juga rosak seperti almari,” kata Ankit.

Syarikat itu menyatakan bahawa siasatan sedang dijalankan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI