fbpx

Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari cadang ambil tindakan undang-undang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMMAD SHAFIEQ HAFIZILMAN (baju hijau, tengah) bersama pelajar tahfiz yang menyertai majlis tahlil dan doa selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa yang terlibat di Kampung Sum Sum, Janda Baik di Bentong hari ini.

BENTONG – Keluarga Allahyarham Datuk Seri Johari Harun bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali syarikat pesawat yang terhempas di Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos tahun lalu.

Tragedi itu menyebabkan Johari yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Pahang bersama sembilan yang lain meninggal dunia.

Mangsa yang maut termasuklah masing-masing pemandu e-hailing dan penunggang motosikal (p-hailing) terkorban.

Anak Allahyarham Johari, Muhammad Shafieq Hafizilman, 30, berkata, tindakan itu akan diambil selepas siasatan nahas udara membabitkan pesawat Beechraft kelmarin mendedahkan ketidakpatuhan dan kesilapan dalam pengendalian pesawat berkenaan.

“Pihak keluarga mungkin akan ambil tindakan terhadap pengendali syarikat terbabit.

“Difahamkan, ada waris mangsa yang lain akan mengambil tindakan sama, cuma menunggu masa,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Tahlil dan Doa Selamat Allahyarham Johari dan kesemua mangsa terlibat di Kampung Sum Sum di Janda Baik di sini hari ini.

Muhammad Shafieq Hafizilman berkata, mereka sekeluarga menerima dengan hati terbuka dan reda walaupun mengakui masih terkejut dengan hasil laporan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa penerbangan.

“Apabila membaca hasil laporan penuh yang dikeluarkan, ia (insiden) berpunca daripada prosedur operasi standard yang tidak diguna pakai secara elok supaya dapat menjamin keselamatan rakyat yang menggunakan penerbangan khususnya secara peribadi,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI