UMUM tahu, apa sahaja dikongsi Ruhainies dalam media sosialnya pasti akan mendapat perhatian ramai walau hanya berswafoto.
Terbaharu, Ruhainies berkongsi pandangan tentang impak memberi mimik muka yang tidak sepatutnya kepada individu lain.
Katanya, mimik muka senang dibaca tetapi tidak boleh lawan impak sesuatu yang dilakukan secara lisan.
“Baru ekspresi wajah, apatah lagi secara lisan. Sebab itu kalau anda marah, lebih baik diam.
“Senyap ketika marah adalah cara untuk elak bercakap sesuatu yang boleh membawa penyesalan kelak. Biar Allah SWT sahaja beri balasan kepada mereka yang menyakiti anda,” kongsinya.
Barangkali cara ini yang Ruhainies praktikkan ketika dia dihujani kecaman dan kata-kata negatif sejak terpalit kontroversi dengan Aliff Aziz.
Mungkin ini tip buat selebriti lain, terutama mereka yang kerap dikecam dan suka mengamuk dalam media sosial.
DIVA: Suka betul lihat lakonan Nabila Razali dalam drama Bawah Payung Awan. Dulu dihina ‘kayu’ tapi sekarang boleh buat penonton menangis!