fbpx

Gunung berapi di Russia meletus selepas dilanda gempa bumi kuat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan gunung berapi Klyuchevskoy menghamburkan abu ke ruang udara pada 2023 . - The Moscow Times

MOSCOW – Gunung berapi Shiveluch di timur Russia meletus selepas pantai timur negara itu dilanda gempa bumi kuat bermagnitud 7.0, lapor saluran berita CNN semalam. 

Menurut agensi berita TASS, penilaian visual memaparkan gunung berapi itu memuntahkan lahar serta menghamburkan awan abu setinggi 8 kilometer ke ruang udara. 

“Bagaimanapun, tiada orang yang cedera,” kata TASS. 

Gunung berapi Shiveluch terletak di wilayah timur Kamchatka, sekitar 450.61 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky, sebuah bandar dengan populasi kira-kira 181,000 orang. 

Menurut Jabatan Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa itu berlaku kira-kira 88.51 kilometer dari Petropavlovsk-Kamchatsky dan mempunyai kedalaman kira-kira 48.28 kilometer.

“Tiada ‘kerosakan besar’ disebabkan gempa itu. 

“Bangunan sedang diperiksa untuk sebarang kerosakan, selain memberikan perhatian khusus kepada kemudahan fasiliti,” tambahnya. 

Terdahulu, Sistem Amaran Tsunami AS mengeluarkan amaran bahawa ‘gelombang tsunami berbahaya daripada gempa bumi ini mungkin berlaku dalam jarak 300 kilometer dari pusat gempa di sepanjang pantai Russia’. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI