fbpx

Gaji naik, harga sos dan kicap turut naik?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PERSATUAN pengguna menjangkakan terdapat segelintir peniaga yang akan menaikkan harga barangan kering ekoran pelarasan gaji penjawat awam yang diumumkan kelmarin di Putrajaya. – GAMBAR HIASAN

ALOR SETAR – Sebilangan peniaga dijangka mengambil kesempatan menaikkan harga barang antara 10 hingga 20 peratus sebaik pengumuman peningkatan gaji penjawat awam oleh kerajaan kelmarin.

Presiden Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusof berkata, kenaikan itu adalah perkara biasa setiap kali gaji penjawat awam naik atau terdapat sebarang bantuan yang diberikan kerajaan.

“Sebilangan peniaga akan mengambil kesempatan atas kenaikan gaji penjawat awam itu dengan menaikkan harga barang. Ia kerana kuasa membeli pengguna akan turut meningkat,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau menjangkakan harga barangan kering akan naik berbanding barang mentah.

“Saya jangka makanan ke­ring seperti kicap, sos cili dan mi akan naik harga. Selain itu, ia juga mungkin akan menyebabkan peningkatan harga makanan di kedai-kedai makan.

“Segelintir peniaga makan kata terpaksa naik harga sebab kos bahan mentah naik, tetapi bila bahan mentah turun harga, tidak pula mereka nak turunkan harga makanan. Harga ini bila naik, susah nak turun,” ujarnya.

Menurutnya, peniaga tidak sepatutnya mengambil kesempatan dengan menaikkan harga secara melampau kerana kenaikan gaji itu hanya melibatkan penjawat awam.

“Jangan disebabkan perbuatan tidak beretika peniaga, pekerja swasta dan yang bekerja sendiri pula terkena tempias,” katanya.

Beliau pada masa sama berharap penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Ne­geri dan Kos Sara Hidup terus ­meningkatkan penguatkuasaan dan menguatkuasakan akta antipencatutan.

“Boleh buat perbandingan menerusi harga lantai dan penguat kuasa boleh ambil tindakan jika harga naik secara mendadak tanpa alasan munasabah.

“Selain itu, kerajaan boleh membantu industri tempatan dan menggalakkan mereka menjual produk kicap atau sos pada harga murah.

“Pengguna boleh terus buat laporan. Mereka perlu gunakan hak untuk memboikot peniaga tidak bertanggungjawab,” jelas­nya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI