fbpx

Debut sempurna bakal juara EPL

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ZIRKZEE (kanan) meraikan jaringannya selepas meledak gol kemenangan United awal pagi semalam. - AFP

NAMA Joshua Zirkzee kini meniti di bibir setiap peminat setia Manchester United selepas penyerang berusia 23 tahun itu muncul wira meledak gol kemenangan 1-0 ke atas Fulham pada aksi pembukaan musim baharu Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi semalam.

Lebih manis, Zirkzee melakukannya di hadapan para penyokong sendiri di Stadium Old Trafford dalam penampilan kompetitif pertamanya bersama bekas juara EPL 20 kali itu sejak berhijrah daripada Bologna dengan yuran perpindahan bernilai £36.5 juta (RM208.36 juta) bulan lalu.

Masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-61, bintang Belanda itu tidak mengambil masa lama menunjukkan impak hebatnya dengan menampan masuk hantaran Alejandro Garnacho untuk menghadiahkan tiga mata buat The Red Devils ketika aksi berbaki tiga minit sebelum tamat.

Bukan sahaja Zikrzee tetapi dua lagi pembelian baharu pengurus United, Erik ten Hag musim ini iaitu bekas pertahanan Bayern Munich, Noussair Mazraoui dan Matthijs de Ligt turut menampilkan persembahan memuaskan dalam debut mereka di pentas EPL.

Biarpun berpeluang untuk menang dengan jaringan lebih besar tetapi kemenangan 1-0 ke atas Fulham sudah cukup untuk memberi isyarat jelas kepada pencabar-pencabar lain bahawa United benar-benar serius mahu mendakap trofi EPL musim ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI