fbpx

‘Debik’ pembantu peribadi, ingat aku gengster sangat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
UQASHA menafikan dirinya pelakon yang didakwa memukul pembantu rumah yang mencuri gelang dan mereka cerita masalah rumah tangganya seperti yang kecoh perkatakan khalayak.

PETALING JAYA – Nama terpalit isu memukul pembantu peribadi, pelakon Uqasha Senrose tampil menangkis dakwaan yang disifatkan langsung tidak berasaskan tersebut.

Kata Uqasha atau nama lengkapnya Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 32, dia hanya sibuk menguruskan anaknya sekali gus tidak kaitan dengan tuduhan berkenaan.

“‘Debik’ (pukul) PA (pukul pembantu peribadi)? Biar betul? Aku di rumah dengan anak sahaja.

“Ingat aku gengster sangat nak ‘debik’.

“Aku dengan anak 24 jam nak pergi ‘debik’ orang dah kenapa,” katanya menerusi siaran langsung TikTok semalam.

Sebelum ini, media melaporkan kisah pembantu peribadi kepada seorang pelakon wanita yang ditahan polis atas tuduhan mencuri barangan kemas majikannya. Hasil siasatan polis menemui barang kemas di kediaman wanita itu.

Difahamkan, wanita sama turut membuat laporan polis mendakwa dicederakan dan diugut gara-gara mencampuri urusan rumah tangga majikannya yang dikatakan berdepan masalah.

Susulan kejadian itu, ramai netizen memetik nama Uqasha sebagai pelaku utama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI