fbpx

Man. City ‘ketar lutut’ pemain tak cergas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GUARDIOLA perlu melakukan perancangan terbaik bagi mendapatkan tiga mata bertemu Chelsea. - AFP

MANCHESTER – Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendakwa barisan pemainnya masih berada dalam keadaan penat menjelang aksi sulung Liga Perdana Inggeris (EPL) 2024/25 menentang Chelsea di Stamford Bridge malam ini.

Beliau percaya kecergasan anak-anak buahnya belum berada pada tahap terbaik kerana tidak mendapat rehat mencukupi gara-gara mengharungi jadual terlalu padat, termasuk Euro 2024 yang lalu.

Justeru, ia membuatkan beliau berada dalam dilema bagi membentuk kesebelasan terbaik menjelang pertemuan penting itu, ditambah pula ketiadaan tonggak tengah, Rodri yang dikhabarkan mengalami kecederaan.

Bagaimanapun, Guardiola menggesa anak-anak buahnya supaya bersedia sepenuhnya dan melakukan sedikit pengorbanan bagi memastikan The Citizens memulakan saingan musim baharu dengan langkah kanan.

“Sudah tentu saya sangat pentingkan waktu rehat untuk semua pemain. Secara jujur, saya mahu berikan mereka lebih masa untuk mendapatkan rehat berkualiti, namun apa yang saya boleh buat dalam situasi sekarang.

“Saya mengharapkan aksi terbaik daripada semua pemain pada pertemuan dengan Chelsea nanti. Kami perlu mengambil tiga mata penuh dan semua pemain tahu mengenainya, jadi mereka perlu bersedia,” katanya.

Memandangkan sebahagian besar pemainnya tidak berada pada tahap kecergasan terbaik, justeru Guardiola tidak tahu apa yang bakal ditampilkan pemain-pemain City tetapi beliau tetap menaruh sepenuh kepercayaan.

“Saya tidak tahu apa yang akan berlaku nanti kerana semua orang tahu kami tidak berada pada kondisi terbaik. Bagaimanapun, semua itu tidak penting kerana kemahuan kami untuk menang lebih tinggi selain perlu mengharapkan sedikit tuah,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI