fbpx

Berang kahwini gadis lain, wanita roboh rumah bekas kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya musnah dirobohkan, selepas diketahui berkahwin dengan wanita lain. - Detik.com

JAKARTA – Seorang wanita di Pati, wilayah Jawa Tengah nekad merobohkan rumah yang dibina bersama bekas kekasihnya selepas lelaki tersebut membatalkan perkahwinan mereka.

Laman berita Tribunnews melaporkan, lelaki tersebut malah berkahwin dengan wanita lain.

Menerusi rakaman yang dimuat naik di platform TikTok oleh akaun @paiho, sebahagian besar bumbung dan dinding rumah tersebut diruntuhkan. 

Menurut ketua masyarakat setempat, Eko, kejadian berlaku selepas kekasih wanita itu tidak menunaikan janji untuk mengahwininya, malah dia mendirikan rumah tangga dengan gadis lain. 

“Lelaki itu telah berkahwin dengan wanita lain. Rumah tersebut kemudiannya diduduki bersama isterinya, tetapi mereka sudah berpindah selepas ia dirobohkan,” kata Eko. 

Tambah Eko, dia membenarkan rumah itu dirobohkan dan mendapat persetujuan daripada  kedua-dua pihak. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI