fbpx

Wanita lapor polis dua kali diganggu bekas Ahli Parlimen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Polis menyiasat seorang bekas Ahli Parlimen didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang wanita di sebuah pasar raya terkemuka di Kota Damansara, di sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya terkesan satu video tular berdurasi 18 saat berhubung dakwaan itu pada pukul 2 petang, hari ini.

“Kita telah menerima laporan daripada mangsa berusia 20-an pada 6 Ogos lalu yang menyatakan telah diganggu secara seksual sebanyak dua kali daripada suspek ketika berada di pasar raya berkenaan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kata Shahrulnizam, siasatan terperinci dilakukan mengikut Seksyen 507 A Kanun Keseksaan dan Seksyen 509 akta sama.

“Berdasarkan hasil siasatan, suspek yang disyaki bertugas di sebuah syarikat badan berkanun dan menjawat jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif.

“Kita akan merakam keterangan lelaki itu bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata, orang ramai dinasihatkan supaya mematuhi undang-undang dan tidak melakukan sebarang perbuatan jenayah.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kes ini boleh menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya ditalian 03-79662222,” katanya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI