fbpx

Anjing jaga kebun mati dibaham harimau kumbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan bangkai anjing betina iaitu anjing ketiga yang ditugaskan menjaga kebun mati dengan kesan seperti dirobek binatang liar seperti harimau di Kampung Chengkau Ulu, di sini, hari ini. FOTO/ NOR AINNA HAMZAH

REMBAU – Seorang pemilik kebun di Jalan Kampung Padang Besar, Chengkau Ulu, di sini, terkejut apabila melihat seekor anjing yang menjaga kebunnya mati dengan kesan seolah dibaham binatang, pukul 8.30 pagi tadi.

Pemilik kebun berkenaan, Khairuddin Abd Rahman, 55, berkata, ini merupakan kejadian ketiga anjing yang ditempatkan dalam kebunnya itu lesap begitu sahaja dan mati dalam tempoh dua minggu.

Menurutnya, kejadian terbaharu adalah pada pagi tadi, keadaan kecederaan anjing betina tersebut begitu jelas seolah dirobek binatang seperti harimau kumbang.

“Pagi tadi saya macam biasa datang untuk memberi makan. Saya lihat dia (anjing) tak tunggu di pintu masuk macam biasa. Tengok-tengok dia dah jadi macam ini, mati dengan kesan tengkuk patah.

“Anjing ni pun berat dalam 30 kilogram ke 40 kilogram. Ini dah tiga ekor anjing dalam kebun saya jadi mangsa, sebab dua minggu sebelum ini, seekor anjing jantan tiba-tiba lesap.

“Dua hari sebelum ni pula seekor lagi anjing mati, kepala agak hancur. Saya fikir sebab begaduh sahaja tapi kejadian pagi ini lebih jelas, koyak rabak anjing ni,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Chengkau Ulu, di sini, pagi tadi.

Ujar Khairuddin lagi, kejadian itu menyebabkan pekebun sepertinya takut untuk ke kebun lebih-lebih lagi kawasan kebunnya itu sendiri sudah pun ditutup dengan zink setinggi dua meter, namun, anjing yang menjaga kebun masih menjadi sasaran.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI