fbpx

Amaran ulat bulu laut naik ke pantai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ulat bulu laut terdampar di pantai Teluk Texas. - Institut Penyelidikan Harte untuk Kajian Teluk Mexico

WASHINGTON – Pantai Teluk Texas di  Amerika Syarikat (AS) menerima kehadiran sejumlah ulat bulu laut minggu ini, sejenis haiwan berduri yang mampu memberikan sengatan menyakitkan kepada mangsa, lapor portal berita Fox News.

Haiwan kecil dinamakan ‘fireworm’ itu mempunyai bisa, demikian menurut Perkhidmatan Taman Negara (NPS).

Sejak tiga hari lalu, ulat bulu laut itu terdampar di atas kayu  besar yang dilitupi teritip. Ia dipercayai mungkin memakan teritip tersebut.

Institut Penyelidikan Harte untuk Kajian Teluk Mexico memberi amaran kepada pengunjung pantai tentang bahaya ulat bulu itu.

Ini kerana haiwan tersebut boleh menyebabkan kesakitan luar biasa kepada mereka yang menyentuhnya.

Ia menyebabkan rasa sakit, gatal-gatal dan rasa seperti terbakar, menyebabkan ia diberi nama ‘fireworm’. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI