PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di 10 negeri sehingga pukul 7 malam ini.
MetMalaysia dalam hantaran Facebook memaklumkan, negeri tersebut ialah Kedah (Kubang Pasu, Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Selatan).
Selain itu, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim).
“Cuaca buruk itu turut melibatkan Kelantan (Pasir Mas, Jeli, Tanah Merah, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai), Terengganu (Besut), Pahang (Jerantut, Maran, Bera dan Rompin), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor dan Klang) serta Johor (Tangkak, Segamat, Muar, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
“Sarawak meliputi Kuching (Bau dan Kuching), Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Julau) dan Sibu (Sibu) serta Sabah iaitu pedalaman (Nabawan) dan Sandakan (Tongod),” menurut hantaran itu hari ini. – KOSMO! ONLINE