fbpx

Allahyarham Rozaid seorang berdedikasi, komited

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Foto yang dikongsi Fahmi ketika lawatannya sebelum ini.

PETALING JAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan Pengarah Media dan Komunikasi Strategik di Pejabat Perdana Menteri Allahyarham Rozaid Abdul Rahman diaporkan meninggal dunia petang tadi merupakan seoran yang berdedikasi dan komited dalam kerjanya.

Jelas Fahmi, beliau terlalu sedih menerima khabar pemergian Rozaid Rahman sebentar tadi.

“Allahyarham seorang yang amat berdedikasi dan komited dalam melaksanakan tugas. Seorang yang ramah, suka membantu rakan-rakan dan sangat dihormati.

Pemergian beliau merupakan kehilangan yang amat besar buat industri media, serta sememangnya dirasai dan ditangisi. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa dan kurniakan syurga buatnya.

Takziah kepada seluruh anggota keluarga serta sahabat handai allahyarham. Tenanglah dikau di negeri abadi,” tulisnya di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, Pengarah Media dan Komunikasi Strategik kepada Perdana Menteri, Rozaid Abdul Rahman dilaporkan meninggal dunia hari ini.

Sebelum ini, beliau menerima rawatan di Hospital Serdang, Selangor.

Rozaid, 59, dilantik ke jawatan itu pada Mei tahun lalu, Rozaid sebelum ini ialah Pegawai Eksekutif Pengisian/Pengarang Eksekutif Kumpulan Media The Star dan Ketua Pengarang Kumpulan Sinar Harian.

Beliau memulakan kerjayanya sebagai pemberita kadet di Utusan Malaysia pada April 1984.

Pada Disember 1989, beliau mencatat sejarah sebagai wartawan Malaysia yang pertama memasuki terowong yang dibina oleh anggota-anggota Parti Komunis Malaya (PKM) di sempadan Malaysia-Thailand sejurus selepas termeterainya perjanjian damai di antara PKM dan kerajaan Malaysia. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI