fbpx

8 bulan disimpan, jenazah Cikgu Istiqomah diserah esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Allahyarham Istiqomah dibunuh kejam selepas mayatnya dikerat sebelum dibuang di beberapa lokasi di Melaka.

MELAKA – Jenazah Allahyarham Istiqomah Ahmad Rozi, 33, guru yang mayatnya ditemui dalam keadaan tragis di Kampung Tanjung Rimau, Pulau Sebang 31 Disember tahun lalu akhirnya akan diserahkan kepada waris, esok.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, jenazah akan diserahkan pada pukul 2 petang dan perkara itu juga telah dimaklumkan kepada pihak waris.

“Untuk makluman jenazah Cikgu Istiqomah boleh serah (kepada waris) esok pada pukul
2 petang di Hospital Melaka,” katanya ringkas kepada pemberita.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan pihak polis mengesahkan Istiqomah yang dilaporkan hilang di Johor pada 27 Disember tahun lalu ditemui dibunuh dengan mayatnya disumbat di dalam tong sampah dalam keadaan tanpa kepala, kaki dan tangan di Pulau Sebang, lima hari kemudian.

Ashari berkata, hasil siasatan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan oleh Data Bank/DNA (D13) Jabatan Siasatan Jenayah, Bukit Aman ke atas ibu Istiqomah pada 2 Ogos baru-baru ini mendapati ia adalah sepadan dengan mayat ditemui.

Katanya, susulan itu polis menahan seorang suspek lelaki berusia 37 tahun di Chemor, Perak selepas disyaki terlibat dalam jenayah tersebut.

“Siasatan yang dijalankan membawa kepada penemuan sebahagian lagi anggota badan mangsa di kawasan berhampiran tempat mayat ditemui.

“Kita menemui tulang jari dan kepala tidak jauh dari lokasi penemuan mayat, kira-kira lima hingga enam kilometer,” katanya.

Suspek yang merupakan kenalan Istiqomah ketika bersama-sama melanjutkan pengajian di maktab perguruan dijangka dituduh di Mahkamah Majistret Alor Gajah esok di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI