fbpx

30 cedera roda Ferris terbakar semasa festival muzik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar fail menunjukkan dua kabin roda Ferris terbakar di Festival Highfield. - Avalon

BERLIN – Sekurang-kurangnya 30 orang cedera termasuk empat pegawai polis selepas permainan roda Ferris terbakar pada sebuah festival muzik rock di Jerman, lapor akhbar Metro UK semalam. 

Kejadian berlaku sekitar pukul  9.13 malam (waktu tempatan) di Festival Highfield, Tasik Stormthaler, yang terletak kira-kira 12.87 kilometer dari bandar Lezbig. 

Stesen penyiaran LZ TV melaporkan, penumpang yang menaiki roda Ferris menjerit ketakutan apabila api daripada gondola yang terbakar merebak ke gondola di bawahnya. 

Rakaman juga memaparkan permainan itu terus berputar, dengan percikan api menyembur keluar dari kedua-dua gondola. 

Penyanyi rap Jerman, Ski Aggu menghentikan persembahannya sejurus melihat kebakaran itu. 

Menurut Persatuan Palang Merah, mangsa yang cedera akibat terhidu asap dibawa ke hospital berdekatan. 

“Dua mangsa mengalami cedera parah,” tambahnya. 

Jurucakap polis, Josephin Sader berkata kepada tabloid Jerman, BILD: “Setakat ini, lebih 30 mangsa yang cedera termasuk empat pegawai polis, tetapi kesemuanya mengalami cedera ringan.”

“Kebakaran itu berjaya dipadamkan, manakala dua kabin yang terjejas dimusnahkan sepenuhnya,” kata Sader. 

Penganjur berkata kebakaran itu berpunca daripada masalah teknikal. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI