fbpx

[VIDEO] ‘Malaysia helwah! Helwah!’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar rakaman tular tersebut.

PETALING JAYA – “Malaysia helwah! Helwah! Malaysia helwah!”.

Itulah kata-kata yang menggambarkan keterujaan seorang kanak-kanak dipercayai warga Palestin ketika meninjau daripada tingkap sebuah pesawat.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @05sisnizalove semalam menjadi tular di media sosial dengan meraih dengan 1.3 juta tontonan.

Menerusi ruangan komen, ramai yang menyatakan kanak-kanak tersebut antara rakyat Palestin yang dibawa ke Malaysia menaiki pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bagi mendapatkan bantuan rawatan di negara ini.

Bagaimanapun, tiada keterangan lanjut yang boleh mengesahkan dakwaan tersebut.

Sementara itu, melihat kepada rakaman terbabit, kanak-kanak lelaki yang memakai kemeja-T berwarna putih tersebut dilihat menyebut ‘Malaysia helwah’ beberapa kali sambil tersenyum dan menunjuk ke arah bawah (Malaysia).

Hasil carian Kosmo! di ‘Google’, helwah bermaksud manis, cantik dan indah sekali gus ungkapan “Malaysia helwah” itu menggambarkan keindahan bumi Malaysia dari kaca mata seorang kanak-kanak.

Dalam pada itu, di ruangan komen perkongsian video terbabit, rata-rata rakyat Malaysia menyambut kehadiran lebih 100 warga Palestin yang tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira pukul 2 petang semalam, dengan berlapang dada demi memastikan bantuan terbaik diberikan kepada mereka.

“Malaysia bumi bertuah kerana penghuni syurga dari Palestin memilih Malaysia tempat berteduh sambil menjalani rawatan. Semoga kita semua mendapat keberkatan dari Allah SWT,” kata @ciko1975.

“Masya-Allag sukanya dia dapat tengok negara kita ini.. helwah itu bawa maksud cantik atau indah macam itulah lebih kurangnya. Jemput masuk wahai anak-abak saudaraku. Big hugs (pelukan besar) untuk awak,” uksr Zieeha.

Selain itu, ada juga yang meninggalkan komen ucapan terima kasih berulang kali kepada barisan pemimpin kerajaan serta anggota tentera terlibat kerana berani membantu rakyat Palestin meskipun berdepan dengan risiko keselamatan. – KOSMO! ONLINE

@05sisnizaloveSimpan disini.. ALLAHHU AKBAR Syukur Alhamdulillah.. HASBUNALLAH WANI’MAL WAKIL NI’MAL MAULA WANI’MAN NASIR

♬ bunyi asal – SisNizaLovingShop

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI