KYIV – Tentera Ukraine memusnahkan sebuah jambatan strategik di Sungai Seym ketika Kyiv meneruskan pencerobohan ke dalam wilayah Kursk di Russia, lapor Perbadanan Penyiaran British (BBC) semalam.
Pegawai-pegawai Russia dipetik sebagai berkata, kemusnahan jambatan dekat bandar Glushkovo itu menyebabkan hubungan dengan daerah-daerah lain terputus.
Jambatan itu digunakan oleh Moscow untuk menghantar bekalan kepada tenteranya, manakala kemusnahannya boleh menghalang usaha mereka.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, tentera negaranya sedang mengukuhkan kedudukan di Kursk, Russia.
Beliau menggelarkan wilayah yang ditawan itu sebagai ‘dana pertukaran’ dengan Russia.
Ia. kata Zelensky, akan digunakan oleh Kyiv untuk pertukaran dengan rantau Ukraine yang dijajah oleh Moscow.
Pencerobohan tentera asing ke dalam Russia itu adalah yang pertama sejak Perang Dunia Kedua. – AGENSI