fbpx

Tiga DUN BN, PH di Kelantan jadi anak emas Kerajaan Perpaduan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asyraf Wajdi bercakap pada sidang akhbar di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang, Gua Musang hari ini. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) milik Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) di Kelantan dijadikan sebagai kawasan anak angkat dan anak emas kepada Kerajaan Perpaduan.

Tiga DUN tersebut melibatkan dua DUN BN iaitu Galas dan Nenggiri selain satu DUN PH, Kota Lama.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perkara itu sering disebutkan oleh Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang mahu BN mewakili rakyat secara efektif.

“Kita tunjukkan bahawa Kelantan boleh dijadikan contoh terbaik dengan menjadikan tiga DUN itu sebagai anak angkat dan anak emas kepada Kerajaan Perpaduan.

“BN tidak pernah bercakap sahaja dan kita kotakan janji. Tunggu Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani (Ahli Dewan Undangan Negeri Nenggiri) berkhidmat di sini,” katanya pada sidang akhbar selepas pengumuman kemenangan Mohd. Azmawi pada PRK DUN Nenggiri di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang, di sini hari ini.

Terdahulu, Azmawi Fikri menang pada PRK sekali gus merampas semula kerusi DUN Nenggiri daripada Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang hari ini.

Mohd. Azmawi menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon dengan memperoleh undian 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI