fbpx

[TIDAK RASMI] PRK DUN Nenggiri: BN dahului undian tiga peti undi Orang Asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Petugas SPR membawa peti undi dari pos Orang Asli dengan helikopter di Pusat Sivik Gua Musang, sebentar tadi. Foto KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) dilaporkan menang tiga daripada enam peti undi di kawasan Orang Asli dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri yang berlangsung, hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki melalui satu hantaran di Facebook miliknya memaklumkan BN mendapat majoriti 1,003 undi.

Menurutnya, tiga Pusat Daerah Mengundi (PDM) yang dimenangi BN ialah Pos Tohoi dengan 330 undi, PDM Sungai Puian (305) undi dan PDM Sungai Jenera (440).

Katanya, dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, BN kalah dengan majoriti 34 undi PDM Kuala Sungai yang majoriti pengundi Melayu.

Sementara itu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata, peratusan pengundi keluar mengundi pada PRK DUN Nenggiri setakat pukul 4 petang tadi sebanyak 71.87 peratus.

Menurut kenyataan itu, peratusan itu merupakan jumlah terakhir yang akan dilapor oleh pihak SPR pada hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI