fbpx

Sukma 2024: Sarawak tambah koleksi emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Atlet Taekwondo Sarawak, Zara Nur Zarifah Mohd Yusof bersama-sama ibunya menunjukkan pingat emas yang dimenangi menerusi kategori gaya bebas poomsae individu wanita.

KUCHING – Kontinjen Sarawak terus menambah koleksi emas dalam kempen Sukan Malaysia (Sukma) 2024 hari ini, sekali gus mengungguli carta kutipan pingat.

Setakat ini, Sarawak kekal mengungguli kedudukan teratas dengan mengumpulkan 12 emas, sembilan perak dan enam gangsa.

Manakala Wilayah Persekutuan di kedudukan kedua dengan tujuh emas, lapan perak dan 16 gangsa.

Melaka pula di tangga ketiga dengan tujuh emas, lima perak dan enam gangsa.

Acara Taekwondo menjadi lubuk emas Sarawak, apabila menggondol tujuh pingat selain menyumbang dua perak dan satu gangsa.

Tiga lagi pingat emas disumbangkan oleh Wushu, termasuk lima perak dan empat gangsa.

Tenpin Boling pula menyumbang dua emas manakala Boling Padang satu perak dan satu gangsa serta Sepak Takraw Berpasukan Wanita menyumbang satu pingat perak. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI