fbpx

Skuad terbaik JDT turun layan Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JDT mahu menjadikan aksi bertemu Perak malam ini sebagai pentas pemanas badan sebelum bermain final Piala FA minggu depan.

PASUKAN Johor Darul Ta’zim (JDT) enggan ‘simpan kuku’, sebaliknya bakal menurunkan kesebelasan terbaik menjelang perlawanan Liga Super menentang Perak FC di Stadium Perak, Ipoh malam ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Selatan dalam misi mencari rentak terbaik sebelum mengharungi aksi final Piala FA menentang Selangor FC di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 24 Ogos ini.

Ketua jurulatih JDT, Hector Bidoglio berharap semua pemain diturunkan pada aksi di tempat lawan itu dapat mempamerkan aksi terbaik bagi memastikan tiga mata penuh dapat diraih.

“Secara jujur, kita bersiap sedia untuk aksi final Piala FA nanti. Namun, kita perlu memberikan fokus kepada aksi berdepan Perak dan pasukan harus berusaha mencatatkan kemenangan.

“Bagi saya, perlawanan menentang Perak adalah satu lagi perlawanan sukar yang bakal kita harungi di tempat lawan.

“Barisan pemain tidak boleh terlalu selesa kerana kita perlu bermain dengan lebih baik berbanding perlawanan-perlawanan yang lepas.

“Justeru, kemahiran individu dan intensiti pasukan perlu dipertingkatkan dengan aksi yang dinamik bagi menjamin tiga mata pada perlawanan kali ini,” kata Bidoglio.

JDT meraih momentum terbaik apabila menewaskan Kedah Darul Aman (KDA FC) 6-0 minggu lalu, manakala skuad Seladang pula tewas kepada Kuching City FC 1-2 di laman sendiri pada aksi terakhir Liga Super sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI