SYDNEY – Beribu-ribu ikan jerung dikesan tidur di dasar lautan Australia dalam fenomena yang mengejutkan ramai saintis kerana kesemuanya adalah jerung betina, lapor portal berita The Sun semalam.
Mereka tidak dapat menjelaskan mengapa tiada ikan jerung jantan dalam kumpulan tersebut.
Ikan-ikan itu dilihat sejak enam tahun lalu semasa tinjauan pertama pasukan penyelidik Taman Marin Beagle di Port Jackson, luar pantai Victoria.
Spesies itu sering ditemui di persekitaran berbatu atau di dasar laut merentasi selatan Australia.
Ikan jerung berkenaan boleh membesar sehingga panjang 1.65 meter. Ia tidur semasa siang hari tetapi aktif memburu sotong dan spesies krustasea pada waktu malam.
Perhimpunan’ jerung di Port Jackson itu ditemui dengan menggunakan robot yang diturunkan daripada kapal penyelidikan Institut Penyelidikan dan Pembangunan Australia Selatan (SARDI).
Dr. Jacquomo Monk daripada Institut Kajian Marin dan Antartika Universiti Tasmania (IMAS) berkata, ribuan jerung itu kelihatan seperti hamparan permaidani di dasar lautan. – AGENSI