fbpx

RASMI: BN kembali rampas kerusi DUN Nenggiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi (tengah) selepas diumumkan menang pada PRK DUN Nenggiri di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang, Gua Musang sebentar tadi.

 

GUA MUSANG – Barisan Nasional (BN) meraih kemenangan selepas calon parti itu, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani menang pada Pilihan Raya Kecil (PRK) sekali gus merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) itu.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK DUN Nenggiri, Nik Raisnan Daud di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Kompleks Majlis Daerah Gua Musang kira-kira pukul 9.30 malam tadi.

Mohd. Azmawi menang dengan majoriti 3,352 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Mohd. Rizwadi Ismail.

Ketua Pemuda UMNO Kelantan itu memperoleh undian 9,091 undi manakala Mohd. Rizwadi 5,739 undi.

Terdahulu, sebanyak 20 pusat pengundian bagi PRK Nenggiri dibuka pada pukul 8 pagi tadi.

Sebanyak 71.88 peratus daripada 20,259 pemilih yang berdaftar dengan Suruhajaya Pilihan Raya (SPR) keluar mengundi pada hari ini.

Terdahulu, PRK DUN dijalankan selepas penyandangnya, Mohd. Azizi Abu Naim dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dilucut hak sebagai ahli selepas melanggar peraturan dengan menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali gus bertentangan dengan prinsip parti.

Sehubungan itu, Speaker DUN Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah mengumumkan kekosongan luar jangka pada 13 Jun lalu.

Keputusan itu dibuat selepas beliau menerima notis bertulis mengikut fasal (3) Perkara 31A Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan daripada Bersatu mengenai pengguguran keahlian Mohd. Azizi.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu, Mohd. Azizi berjaya menewaskan penyandang kerusi berkenaan daripada BN Ab. Aziz Yusoff dengan majoriti 810 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI