fbpx

Produk penghuni penjara tarikan Program Madani Rakyat Zon Selatan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MOHD. NORAIDI (kanan) menunjukkan antara produk kraftangan yang dihasilkan penghuni Penjara Simpang Renggam di Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024 di UTM, Johor Bahru.

JOHOR BAHRU – Ukiran kayu, kerepek tempe dan pertanian yang diusahakan penghuni Penjara Simpang Renggam merupakan sebahagian daripada produk industri kecil dan sederhana (IKS) yang dijual sempena Program Madani Rakyat Zon Selatan 2024.

Sarjan Penjara, Mohd. Noraidi Muhammad memberitahu, seramai 300 penghuni yang berusia antara 20-an hingga 50-an terlibat dalam program IKS penjara berkenaan.

“Sebelum penghuni dibenarkan terlibat dalam program ini, mereka berdepan tapisan berperingkat terlebih dahulu. Apabila sudah mencapai tahap fasa ketiga baharu mereka mereka boleh sertai.

“Semua penghuni terlibat beri kerjasama baik dengan hasil produk mereka turut mendapat sambutan daripada masyarakat. Alhamdulillah tiada perasaan negatif atau jijik dalam kalangan pembeli,” katanya.

Penjara Simpang Renggam merupakan antara 96 usahawan industri kecil dan sederhana (IKS) yang membuka gerai pada Program MADANI Rakyat Zon Selatan 2024 yang berlangsung selama tiga hari di Dataran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini.

Tambah Mohd. Noraidi, kesemua proses pembuatan produk-produk tersebut dilakukan sepenuhnya di dalam kawasan penjara dengan bahan-bahan mentah dibawa masuk dari luar.

“Penghuni penjara yang terlibat akan ‘bekerja’ bermula pukul 8 pagi hingga 3.30 petang setiap Ahad hingga Khamis dengan gaji harian. Gaji yang diterima mereka juga boleh disimpan sehingga mereka bebas atau boleh digunakan untuk membeli barangan-barangan yang dibenarkan.

“Selain itu, mereka juga maklumkan gembira kerana terlibat dengan program tersebut berbanding hanya duduk di sel masing-masing,” jelasnya.

Selain itu, Mohd. Noraidi yang telah berkhidmat di penjara tersebut sejak 2005 turut memberitahu, penghuni penjara juga berpeluang mengikuti pelbagai bidang kemahiran seperti menggunting rambut, membaiki kenderaan dan juga kimpalan.

Program Madani Rakyat 2024 Zon Selatan yang merangkumi Johor, Negeri Sembilan dan Melaka dianjurkan Pejabat Perdana Menteri melalui Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU) dengan kerjasama strategik Kementerian Ekonomi selaku kementerian peneraju dan kerajaan Johor. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI