fbpx

PRK DUN Nenggiri : Warga emas Orang Asli ‘setia’ mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gadong selepas mengundi di SK Meranto, RKT Kesedar Meranto di Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang warga emas orang asli suku kaum Mendriq dari Kampung Kuala Lah, di sini tidak pernah ketinggalan mengambil peluang menunaikan tanggungjawab kepada negara setiap kali pilihan raya sama ada Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK).

Gadong Kelisar, 84, berkata, dia sudah lebih 10 kali mengundi sejak zaman pemerintahan Perdana Menteri pertama Malaysia, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj.

“Saya tiba kira-kira 8 pagi sebelum terus mengundi. Meskipun terpaksa menggunakan tongkat untuk berjalan, saya tetap bersemangat untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

“Kami harapkan dengan undi daripada masyarakat orang asli ini ada wakil rakyat yang boleh membela nasib kami di Kampung Kuala Lah,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Meranto di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI