fbpx

PRK DUN Nenggiri: SPR kesan satu kes poster tidak ikut peraturan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian penyokong Barisan Nasional dan Perikatan Nasional berkumpul di Kampung Meranto, Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesan satu kes kesalahan kecil di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 semasa proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri, hari ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, kesalahan itu melibatkan penggunaan poster yang tidak mengikut peraturan semasa proses pengundian berlangsung.

“Ia melibatkan kesalahan kecil kerana menggunakan bahan kempen atau poster yang tidak mengikut peraturan.

“SPR mengambil berat terhadap isu berkaitan dan berharap kejadian itu tidak berulang lagi,” katanya pada sidang akhbar sidang akhbar selepas meninjau proses pengundian di Sekolah Kebangsaan (SK) Jeram Tekoh, di sini hari ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI