fbpx

PRK DUN Nenggiri : Penghulu pakai busana tradisional orang asli pergi mengundi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ali (tengah) memakai busana tradisonal Orang Asli bersama anak dan isterinya selepas mengundi di SK Meranto, Gua Musang, hari ini. Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Penghulu Kampung Kuala Lah, Ali Lateh, 74, mencuri perhatian pada hari pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri hari ini apabila hadir berbusana tradisional orang asli yang diperbuat daripada kulit kayu.

Ali yang turut memakai tempok (topi kepala) terus menjadi tumpuan sewaktu tiba di pusat mengundi bersama isterinya Rosidah Along, 54, dan dua anak perempuannya di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Meranto, di sini kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

“Ini merupakan pakaian tradisional orang asli. Zaman dahulu penduduk Orang Asli tidak mempunyai baju dan mereka hanya memakai pakaian yang dibuat daripada kulit kayu dan daun pokok hutan.

“Pakaian ini saya tempah khas tahun 2008 apabila ia dibuat daripada kulit kayu terap dan topi kepala pula dibuat daripada daun mengkuang,” katanya ketika ditemui pemberita di SK Meranto di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Meranto, di sini hari ini.

Tambahnya, pakaian tradisional itu memerlukan penjagaan rapi dan tidak boleh dibasuh secara kerap bagi menjaga ketahanan kulit kayu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI