fbpx

PRK DUN Nenggiri: Mohd. Azmawi kini bergelar YB

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Azmawi (tengah) meraikan kemenangannya bersama penyokong BN di Bukit Cekati, Gua Musang sebentar tadi. - Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN

GUA MUSANG – Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Jazlan Yaakub mengucapkan terima kasih kepada rakyat Dewan Undangan (DUN) Nenggiri yang memberi kemenangan kepada calon parti itu, Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Nenggiri.

“Tahniah Azmawi Fikri, anda akan mula bertugas sebagai Yang Berkhidmat (YB) di DUN Nenggiri,” katanya menerusi akaun X miliknya sebentar tadi.

Terdahulu, keputusan tidak rasmi itu menyaksikan Mohd. Azmawi memperoleh 9,113 undi sekali gus menewaskan calon, Perikatan Nasional, Mohd. Rizwadi Ismail yang mendapat 5,741 undi.

Mohd. Azmawi memperoleh majoriti sebanyak 3,372 undi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI